Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa insiden letupan menggegarkan pusat pengundian di sekitar Kabul hari ini, ketika orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya yang tertangguh sejak sekian lama.
Susulan insiden letupan itu, penduduk dilaporkan terpaksa meninggalkan sebuah sekolah yang menjadi pusat mengundi di utara ibu negara Afghanistan.
Baru-baru ini, puak Taliban memberi amaran kepada pengundi supaya memulaukan pilihan raya itu, jika tidak mahu keselamatan dan nyawa mereka terancam. - AFP
20 Oktober 2018 - 16:04
News ID: 913597
Beberapa insiden letupan menggegarkan pusat pengundian di sekitar Kabul hari ini, ketika orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya yang tertangguh sejak sekian lama.